0 comments







Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah.


Kepergian ini
Mungkin menyakitkan
Mungkin melukakan
Mungkin amat perit untuk dirasa

Namun mungkin juga
Yang terbaik antara yang terbaik

Maaf
Atas kepergian ini
Hati ini masih ada
Cinta ini masih dipunya
Kasih ini masih dimilik
Perasaan ini
Masih
Masih
Dan masih lagi

Andai kepergian ini
Bisa melembutkan hati
Bisa merubah diriMaka
Aku rela
Aku pasrah
Dan aku redha

Dengan takdir-Nya

Kerana takdir-Nya tak pernah mengecewakan aku

Dan terkadang
Sesuatu itu amat pahit untuk ditelan
Adalah kerana
Anugerah-Nya yang amat manis
Untuk dihirup
Untuk dirasa
Untuk dinikmati

Kelak, in sha Allah

Kerana itu
Yang pahit itu pilihanku
Yang pahit itu kesukaanku


Allahurabbi, terima kasih kerana masih lagi menguatkan hati ini sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!


0 comments
Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Perasaan Yang Membuatkan Aku Sendiri Pun Tak Faham! Entah!


Assalamualaikum.. 

Tiba-tiba hari ni tuan punya blog ni nak luahkan perasaan dia pula. Perasaan yang kadang-kadang membuatkan dia sendiri pun tak faham. (Aku pun tak tahu apa aku nak cakap. Huh!)

Hidup ini tak selalunya indah kan? Selalu saja ada perkara yang terjadi dalam diri ini. Tidak kira susah mahupun senang. Kadang-kadang rasa macam betul ke aku ni hamba Allah?

Kadang-kadang juga apa perkara yang kita tak sangka bakal terjadi telah pun terjadi dalam hidup ni. Siapa yang duga kan? Dah Allah yang menetapkannya. Kita ni sebagai hamba Allah hanya mampu menerima dengan hati yang terbuka sebab kita hanyalah hamba Allah yang lemah.

Tapi? Perlu ke kalau kita menyimpan sesuatu perasaan yang bukan untuk diri kita? Yang hanya akan membinasakan diri kita? Perlu ke semua tu? Entah! Aku pun tak faham apa yang telah terjadi di sekeliling aku ni. Bermacam-macam kisah dan cerita yang aku dengar. Ada yang baik ada juga yang buruk. Tambahan pula kalau perkara itu melibatkan diri aku. 

Aku tahu aku ni bukanlah seorang insan yang sempurna malah belum layak digelar orang baik-baik sebab aku tahu aku masih belum sesempurna tu. Aku ni masih banyak kelemahannya. Bahkan aku rasa aku tak patut untuk dipuji. (Haih! Terlebih perasaan pula aku malam ni. Korang tadah telinga je lah).

Entahlah! Apa jadi dengan aku malam ni erk? Selepas baca satu cerita yang menyayat hati aku tu. Terus aku jadi macam ni. Memori lama tidak mungkin akan terhapus macam tu je kan? Bukan mudah kan? Kalaulah otak kita ni macam komputer dah lama memori yang kita x mahu ingat akan delete. Ye tak? Tapi semua itu hanya khayalan saja. Kita ni hanyalah manusia biasa.

Satu je yang aku masih tak faham dan terkilan. Kenapa perlu saling benci membenci di antara makhluk Allah? Aku langsung tak faham. Aku pernah lalui jadi aku faham perasaan korang yang pernah dibenci itu. Kadang-kadang tu aku rasa nak sumbat je mulut 'seseorang' tu dengan cili. Tapi tahap kesabaran aku masih ada. Walau apapun aku hanya perlu bersabar. Aku tahu lama-lama nanti dia penat. Sedangkan aku tahu hati dia masih tetap mahu mengata pasal aku atau lebih senang tak suka tengok aku bersenang lenang. 

Perasaan? Jangan cakap lah. Cuba kalau korang alami. Apa perasaan korang? Pasti marah, meluat dan rasa nak lawan je kan? Tapi nak buat macam mana lagi. Dari dulu sikap dia macam tu. Urm! Aku tahu aku tak patut nak mengungkit lagi hal ni. 
 
Kadang-kadang kita perlu juga fikir apa gunanya kalau kita membenci seseorang itu dengan masa yang lama. Tak ada faedahnya. Takut akan menyesal je kemudian hari. Masa tu memang dah tak boleh nak buat apa. Aku juga sedar terlalu banyak yang telah berlaku dalam dunia ni. Tak kurang juga orang yang bertalam dua muka. Tak lupa juga orang yang Munafiq dan hiprokit. Aku paling benci orang macam tu.

Ya! Aku sedar aku pun masih belum sempurna kalau nak dibandingkan dengan korang. Tapi sekarang ni. Apa yang boleh aku buat adalah dengan bersabar. Lagipun aku tahu Allah buat semua ni sebab Allah sayangkan kita. Allah nak uji kita sama ada kita mampu bangkit atau tidak. Allah rindukan rintihan kita. 

Ya Allah. Kadang-kadang aku rasa aku tak layak nak sujud di depanMu. Aku mengaku. Banyak lagi yang aku tak tahu dan aku terlalu leka dengan hal dunia. Aku juga tahu aku tak patut mempertikaikan semua tu. Aku memang insan yang tak guna kan? 

Walauapapun yang terjadi. Aku tetap bersyukur kerana dapat family, kawan-kawan dan orang-orang yang aku sayang di sekeliling aku. Kisah suka dan duka dikongsi bersama. Dan juga selalu menghiburkan hati aku yang kadang-kadang tak betul ni. 

Ahah! Betullah tu. Hati aku ni bukan boleh dijangka. Kadang-kadang OK kadang-kadang KO. Erk? Hihi. Diam sudah! 

Alhamdulilah. Aku rasa macam aku dah keluarkan apa yang bersarang dalam kepala otak aku sebentar tadi. Tu lah. Semua ni berpunca selepas aku baca cerita tu lah. Huhu.. Anyway thanks kerana sudi dengar cerita tak bertauliah tuan punya blog ni. Faham ke tak aku pun tak tahu. Haha.. Kalau tak faham buat-buat faham je lah erk? 

Akhir kata, hanya senyumanlah yang mampu membuat diri ini terus melangkah walaupun perit dan sukar. Hanya dengan senyuman jugalah yang mampu menghiburkan hati ni.

Wassalam...
0 comments

Cinta itu menghancurkan kau?


Bismillah. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar arrasul saw. Alhamdulillah, di beri kesempatan untuk menulis. Ya Allah, segala puji bagiMu!
Apa-apa pun, insyallah, untuk kali ini, saya amat terpanggil untuk menyentuh sesuatu ISU yang bagi saya, ia agak di pandang remeh oleh sesetengah daei. Ya, bagi saya, isu ini memang sesuatu isu yang tak sepatutnya di jadikan FOKUS UTAMA kita dalam dakwah. Kerana, ada certain pendakwah yang tak habis-habis perkatakan tentang isu ini sehingga akhirnya, umat ini terdidik dengan isu ini dan melupakan isu yang lebih UTAMA dan lebih besar dari ini.

Pun begitu, isu ini tidak boleh di abaikan juga. Kerana, bagi saya, di sebabkan isu inilah, ramai remaja dan belia islam HANCUR, lebur, porak-peranda, gila dan lain-lain. Ia adalah isu CINTA!!

Serius, isu CINTA ni bagi saya sangat bahaya, dan ramai "orang baik-baik” yang jatuh ke dalam perangkap cinta ini, dia tidak lagi menjadi “orang baik-baik”. Atas faktor itulah, saya ambil keputusan untuk hurai isu cinta ini sepanjang yang mungkin, supaya segala SALAH FAHAM yang berlaku tentang isu ini dapat di perjelaskan. Saya harap!

Saya akan bahagikan penulisan kali ini kepada beberapa noktah besar. Fahamilah ia wahai kawan yang smart lagi baik!

APA ITU CINTA?

Bila kita sebut CINTA, ia tak boleh lari dari PENGORBANAN. Apa kaitannya? Kaitannya ialah, bila kita cinta akan sesuatu, kita akan sanggup berkorban untuk mendapatkan apa yang kita cintakan itu. Tu secara simple, takrifan cinta.

Mustahil kalau kita kata kita cinta akan sesuatu, tapi kita tak sanggup bersusah-payah untuk perkara itu. Saya bagi contoh dalam bentuk kisah boleh? Ada orang suka baca kisah-kisah ni. So, harap dapat baca kisah ni, kemudian saya akan nyatakan pengajarannya.

Jom layan!

****

Ada satu lelaki ni, nama dia Qais Amiri. Dia duduk kat satu kampung. Dia amat berkenan dan jatuh cinta kepada seorang wanita bernama LAILA. Sehingga, orang menggelarkan Qais sebagai “Laila Majnun” yang bermaksud “Tergila-gilakan Laila”.

Yang peliknya, Qais tak pernah langsung melihat wajah Laila. Laila ni adalah seorang raja di sebuah Negara. Qais hanya dengar-dengar cerita tentang Laila dan kecantikannya dari mulut-mulut orang. Itu pun dia dah jadi macam orang gila!

Sampai satu masa, Qais buat keputusan untuk nak berjumpa dengan Laila dan menyatakan cintanya kepada Laila.

So, dia pun pergilah ke negara Laila tu.

Bila dia sampai kat negara Laila tu, dia cerita kat semua orang kat negara tu yang dia cintakan Laila. Sehingga satu negara tu macam jadi kecoh dengan kekecohan Qais ni. Sampai satu tahap,pembantu Laila telah mengadu pada Laila:

“Wahai puan Laila, aku dapat berita bahawa ada sorang laki ni, dia terlalu tegrila-gila kan kau. Dia kata dia amat mencintai kau…”

Lalu Laila macam teruja. Laila pun balas:

“Betul ke? Wah, aku sangat teringin untuk bertemu dengan lelaki tu! Boleh tak kau bawakkan lekaki tu untuk berjumpa dengan ku?”

Tapi pembantu tu jawab:

“Puan Laila, aku serius tak tahu siapa laki tu. Aku pun dengar-dengar daripada orang je…”

Lalu, di sebabkan Laila teringin sangat nak jumpa dengan “lelaki yang mendakwa cintakannya” itu, Laila pun buat pengumuman kepada rakyatnya:

“Siapa yang cintakan aku, sila datang ke istana aku, dan sebagai hadiah, aku akan berikan emas dan perak kepadanya!!!”

Berita tu tersebar kat satu Negara. Lepas tu, semua lelaki kat negara tu kumpul kat istana tu, lantas mendakwa bahawa mereka cintakan Laila!

Laila jadi pening dan keliru. Dia bermonolog dalam hati dia:

“Ramainya yang datang. Mana satu ‘lelaki yang tergila-gilakan’ aku tu??”

Di sebabkan tu, Laila buat pengumuman:

“Wahai lelaki sekalian, aku dengar ada di kalangan kalian yang mendakwah cintakan aku sehingga dia tergila-gilakan aku. Tetapi tak ku sangka, ramai yang datang. Maka, aku mahu, siapa yang betul-betul cintakan aku, datanglah kepadaku dengan membawa SEBELAH BIJI MATANYAsebagai bukti cintanya kepadaku…”

Bila lelaki yang datang semua tu dengar, semua tak mengaku cinta pada Laila. Tapi, tiba-tiba, ada seorang lelaki telah datang kepada Laila, dengan membawa sebelah biji matanya keapda Laila, lantas berkata:

“Wahai Laila, aku cinta padamu…”

Lelaki tersebut adalah Qais Amiri! Dan, Laila menerima cinta Qais yang tulus ikhlas itu…..

****

Happy ending. Kalau baca kisah ni sambil dengar soundtrack, menarik jugak. Haha. Tapi tu tak penting, yang pentingnya, apakah pengajaran yang kita boleh dapat dari kisah “Laila Majnun” ini? Sebenarnya, kisah ini adalah satu kisah TAMSILAN, yang mana kita boleh mendapat manfaat yang banyak gila dari kisah ni.

Baiklah, saya hurai pengajaran dari kisah ini dan apa kaitannya dengan topic kita pada hari ni.

1)Qais Amiri tu ibarat kita. Seperti mana Qais tak pernah melihat wajah Laila dan Cuma mendegar kisah-kisah tentang kecantikannya, lantas jatuh cinta dan tergila-gilakan Laila, SEPERTI ITULAH kita, yang tidak pernah melihat wajah Allah, dan Cuma mendengar tentang sifat-sifat dan keagungannya. Namun, adakah kita tergila-gilakan Allah, seperti mana Qais tergila-gilakan Laila?

2)Seperti mana Laila teringin untuk berjumpa dengan Qais mendakwa tergila-gilakannya, begitu juga Allah. Allah amat ingin berjumpa dengan hambanya yang mengaku mencintai diriNya yang agung.

3)Tetapi, bilamana Laila menawarkan emas dan perak untuk para pencintanya, ramai lelaki yang datang dan mendakwa cintakan Laila. Seperti itu juga Allah. Apabila Allah menawarkan syurgaNya kepada para hamba yang mencintaiNya, hamper SEMUA orang mengaku dan mendakwah cintakan Allah!

4)Namun, bila Laila menyuruh mereka berkorban dengan mengeluarkan sebelah biji matanya sebagai bukti KEBENARAN cintanya kepada Laila, maka ramai yang dahulunya mendakwa CINTA LAILA, akhirnya berundur dan tak sanggup berkorban. Baru Laila tahu, ramai rupanya yang cintanya PALSU semata-mata.

Begitu juga Allah. Apabila Allah menyuruh hambanya berkorban, mengikut segala perintahnya dan meninggalkan larangannya, berapa ramai orang yang MENDAKWA CINTA ALLAH ini sanggup melakukannya? Rupa-rupanya, ramai yang cintanya kepada Allah hanyalah PALSU!

5)Akhirnya, Qais Amiri sanggup korbankan biji matanya semata-mata untuk buktikan cintanya pada Laila, dan akhirnya Laila menerima cintanaya. Seperti itu juga apabila kita kata kita CINTA ALLAH, dan sanggup BERKORBAN untuk mendapatkan cinta Allah, maka Allah akan menyambut cinta itu.

Maka dari kisah ringkas ini, saya harap kita semua jelas. Bila kita cinta akan sesuatu, maka kita perlu buktikan dengan pengorbanan!!!

BERCINTA SEBELUM NIKAH?

Ramai sekarang dia silap dalam memilih cinta. Entah kenapa, dia sanggup gadaikan maruahnya,habiskan masa dan tenaganya semata-mata untuk buktikan kecintaannya kepada sesuatu yang langsung tak layak di cintai.

Apa yang saya nak ketengahkan ialah, isu PERCINTAAN SEBELUM NIKAH. Benda ni sangat bahaya kalau korang nak tahu. Ramai gila beb yang hancur pasal benda ni. Jujurnya, saya pernah jumpa ramai orang. Ada lelaki yang luahkan perasaannya pada saya dengan mengatakan dia nak bunuh diri kerana perempuan yang dia suka telah putus cinta dengannya.

Ada jiran saya yang selalu bersama-sama solat di masjid, tiba-tiba saya dapat tahu yang dia di masukkan ke dalam hospital gila, lantaran putus cinta. Bak kata ayah dia, anak dia tu sampai hantuk-hantuk kepala kat dinding, cakap sorang-sorang, tak makan dan akhirnya gila.

Saya nak nyatakan kat sini bahawa, ya. CINTA kepada sesuatu yang cantik itu adalah FITRAH. Means, kalau kita jatuh cinta pada perempuan cantik, or lelaki jambu, itu fitrah. TAPI, yang jadi masalah ialah bila kita LAYAN PERASAAN CINTA tu. Itu dah jadi dosa!!

Layan bermaksud kita ‘merelakan’ perasaan tu, dan kita buat sesuatu yang menyebabkan perasaan cinta tu semakin membuak-buak. Seperti kita sembang dengan dia, chat dengan dia, follow dia kat twitter/instagram, friend dia di FB, stalk gambar dan status dia, luahkan perasaan, bayangkan muka dia time nak tidur, dengar lagu cinta sampai teringat dia, dan lain-lain.

Ini semua dosa kau tahu!

Dan ia bukan dosa biasa-biasa. Ia dosa yang menghancurkan. Ya, ia amat bahaya!

Saya nak nyatakan bawah:
“Semua orang yang couple itu di kira melayan cintanya. Tetapi tak semua orang yang melayan cinta itu bercoupla. Ada orang yang dia layan cinta dia senyap-senyap. Tetapi, apa jua bentuk ‘LAYAN’, maka ia tetap berdosa!”

Fahami lah, dan jangan tipu diri sendiri.

KAU CINTA ALLAH KE CINTA MANUSIA?

Ramai orang tak tahu bahawa, bila kita bercinta dengan seseorang ni, kita boleh jatuh syirik tanpa kita sedar! Bak kata ibn Qayyim:

“Antara tanda cinta yang syirik dan kufur ialah dia mengutamakan keredhaan orang yang di cintainya melebihi keredhaan Allah. Untuk mendapat cinta tersebut, dia sanggup mengorbankan benda yang berharga, sedangkan untuk Allah, dia hanya berkorban ala kadar….”

Ini adalah satu syirik. Kita seolah-olah menjadi hamba kepada orang kita kita cinta! Saya bagi contoh-contoh syirik dalam percintaan:

1) Saya ada sorang kawan, dia kata, semenjak dia bercinta, pelajarannya meningkat. Kerana awek dia cakap, kalau dia belajar sungguh-sungguh, baru cintanya akan di balas. Ini adalah syirik wahai kawan! Kita sanggup berkorban masa belajar, kurangkan masa tidur agar kita skor exam, tapi untuk dapatkan CINTA perempuan tu! Gerun gila! Taubatlah…

2)Kita sedia maklum bahawa chatting lelaki perempuan ni hukumnya HARAM melainkan ada perkara yang mengharuskan. Baca entri saya berkenaan “kekeliruan dalam ikhtilat”. Means, kalau betul kita cinta Allah, kita takkan buat benda yang Allah larang. Tapi di sebabkan kita cinta seseorang tu punya pasal, kita sanggup langgar perintah Allah dengan chatting berjam-jam, kongsi cerita itu ini, bergayut kat telefon, berbalas senyuman semata-mata nak dapatkan cinta tu. Tu syirikla kawan!

Kau sanggup buat benda yang crush kau suka, tapi buat Allah marah selamba je. Taubatlah wahai kawan!

Cukup dua contoh kot. Nanti panjang sangat. Moga Allah jauhkan kita!

BAHAYA CINTA SEBELUM NIKAH

Korang tahu tak, betapa bahayanya kesan cinta ni pada hati kita? Bahaya gila bapak! Meh sini, saya nyatakan betapa bahayanya ia, dan bagaimana ia boleh menghancurkan hati kita:

1) “Bila kita mencintai makhluk, ia akan memalingkan hati kita dari mencintai Allah! Kedua-dua perasaan tersebut takkan dapat bersatu dalam hati…”
(Ibn Qayyim)

Means, kalau kita kata kita cinta Allah, mustahil kita akan cinta makhluk. Sebab ada orang yang konon-konon kata:

“Nak bercinta takde masalah. Tapi pasti, letak cinta Allah Rasul nombor satu!”

Saya jawab:

“Cinta kau pada Allah dan rasul adalah palsu. Kerana mana mungkin orang yang cinta Allah dan rasul boleh cinta dan LAYAN cintanya pada makhluk. Mustahil!”

2) “Bila kita mencintai seseorang, hati kita akan terseksa. Orang yang mencintai sesuatu selain Allah, mahu tak mahu, cinta itu akhirnya akan menyeksa dirinya!”
(Ibn Qayyim)

Sape yang pernah bercinta, korang mesti pernah rasa terseksa kan? Jangan tipu diri sendiri. Please jujur dengan diri sendiri.

“Di muka bumi ini, tiada yang lebih menyeksakan daripada bercinta. Kau rasa seakan mereka mendapat kemanisan dalam percintaannya, tetapi kau akan lihat mereka kerap melinangkan air mata, keran takut berpisah atau kerana rindu…”

3)”Hati orang yang paling jauh dengan Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta…”
(Ibn Qayyim)

Cukup 3 ini sahaja. Banyak lagi sebenarnya. Tapi saya rasa dengan tiga kata-kata Ibn Qayyim ini dapat menyedarkan kita akan betapa bahayanya cinta ini. Saya amat berharap! Agar kita sedar, cintalah punca diri hancur, cintalah punca dakwah kita terganggu, cintalah pun TARBIAH kita mundur.

Agar kita sedar!
CUKUPLAH TERTIPU DENGAN NAFSU

Saya yakin 100%, orang yang bercinta dan melayan cintanya ini hidup dalam kegelisahan, tidak tenang, resah-gelisah, gundah-gulana, rasa tertekan dan yang sama waktu dengannya. Betul tak? Tepuk dada, pejam mata, Tanya diri dengan jujur, dan katakanlah:

“Ya. Aku amat terseka!”

Tapi, saya seakan-akan terdengar, ada di kalangan pembaca yang betul-betul ingin berubah danBEBAS dari penjara cinta ini, lantas bertanya:

“Bagaimana saya ingin melupai orang yang saya cintai? Saya asyik teringatkan dia, dan saya rasa amat susah untuk lupakannya!”

Maka, ingatlah pesanan ini:

“Seperti mana kita selalu lupakan Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah, langsung tak berkorban untuk Allah, dan sentiasa buat Allah marah, sehingga kita LUPA dan LANGSUNG tak cintakan Allah, seperti itulah kita perlu buat kepada orang yang kita cintai….

Kalau kita mampu lupakan Allah selama ni, takkan kita tak mampu lupakan orang yang kita cintai?”

Menangislah dan berubahlah. Rupa-rupanya, cinta kita kepada Allah selama ini adalah PALSU, penipu, dan hipokrit. Pun begitu, adakah kita sedar bahawa Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita walaupun Allah tahu bahawa cinta kita padaNya adalah palsu?

Kerana itu, taubatlah. Kembalilah pada Allah. Menangislah padanya. Dan, berubahlah!

“Allah, ku ingin berubah,
Namun amat payah,
Kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
Di sudut hatiku,
Ku cinta diriMu,
Hatiku rindu padaMU….”


SEKIAN.......